Pages

Monday, January 10, 2011

Haloo 2011..



hehe masuk minggu ke-2 dah baru dapat menjeguk pondok kayu nie..sibuk ke? ha tau xpe, memandangkan semangat tahun baru masih panas diraikan maka saye sangat sibuk dengan kerje2 berkebun sampai demam 3hari selepas menjelangnya 1.1.11.

Demam bukan alasan cik kiah untuk tidak eksesais ye..cik kiah ade jugak buat eksesais ringan2 kat umah, xde la menjenguk gym selama 5 hari (mak aih..demam ke patah kaki?). Ape pun misi harus dilaksanakan, tidak mau lagi mengulangi azam seperti tahun2 lepas yang hangat2 taik ayam..tahun ni nak wat hangat2 taik gajah lak (ha boleh ke?)

So ada lg seminggu menjelang hari pernimbangan ( penimbangan D10kC dibuat sebulan sekali..rujuk timbangan pertama ) hatiku sangat risau okeh..ada jugak curik-curik wat timbangan baru2 ni, keputusan tidak rasminya menunjukkan tiada perubahan berat dapat direkaodkan (aduh..kecewanya takut tiada perubahan berat nanti) tinggal lagi 6 hari menjelang hari timbangan, pemakanan sangat disiplin minggu ini..dah beli stok2 bahan makanan untuk pastikan kalori yang diambil adalah mengikut jadual pemakanan. 2 minggu lepas pemakanan di ambil ringan dan tidak mengikut jadual pemakanan (asyik terbabas jer)mungkin itu adalah salah satu faktor utama beratku statik jer..(so please jgn ulangi perangai yg xbermoral sepanjang D10kC ini okeh..)

Kepada Encik hujan, tolong jangan turun petang2 kerana ini akan menyebabkan misi ke gym saya akan tergendala kerana Encik Skut tiada bumbung okeh..(sila rujuk ramalan cuaca sblm keluar rumah..)

No comments:

Post a Comment