Pages

Sunday, July 18, 2010

Suke makan Kimchi tak?

Senjak demam korea menyerang rumah ku tahun lepas, semua tentang korea nk cuba apatah lagi makanannya yang sungguh menyelerakan..tiap kali tengok drama korea teringin jer nk rasa apa yang diorang makan..memang orang korea ni cukup kreatif dan mengutamakan kesihatan..mana taknya kalau tengok makanan diorang 2 macam2 kaler ada dan yang penting diorang makan makanan yang direbus, dipanggang, dibakar dan kurang bergoreng.. makanan korea bayak sayur-sayuran yang dipotong dalam berbagai bentuk dan warna..tengah2 dok selongkar kat tenet, ada la jumpa resepi untuk buat Kimchi.. kimchi ni makanan wajib korea, kebanyakan masakan pasti diletak kimchi ataupun dimakan bersama kimchi. Sepanjang sy mencuba makan makanan korea memang puas hati betul sebab selera diorang lebih sama dengan selera rakyat Malaysia. Pedas, sedap dan panas..hehehe ^_^ makanan yang paling suka ialah Bimbap..nanti kita kongsi cerita bimbap lak sebab kali ni nak cerita serba sikit tentang Kim chi..



Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemeraman yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Sayuran yang biasa digunakan untunk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.

Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Kesihatan
Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[1] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[2]

Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

sumber dari wikipedia


Kimchi yang belum dipotong.



Yum..yum..sedap x?



Kimchi yang dijual meluas di Korea..di Malaysia pn ada jugak pernah tengok kat Jusco Midvalley tp x pasti halal ke tak..Pernah beli kat Carefour yang ada tanda halal, sedap tp sikit je satu bekas dapat makan 2 kali jer..Sebab 2 nak cuba buat kat rumah. Jom try buat..^_^ yum..yum..


How to Make Kim Chi

From Youtube



nak resepi kimchi?? cubala buka Link ini..

1 comment: